JellyPages.com

grab me!!

Monday, March 17, 2014

Tuhan sedang menguji

Sesungguhnya memang allah s.w.t akan selalu menguji hambanya..
Mungkin DIA rindu aku merintih..merayu..meminta simpati pada-NYA..
Tapi aku tak faham..kenapa tak habis2 ujian yang satu ini..
Aku kasihan akan emak..
Aku kasihan akan arwah abah..
Malah..aku kasihan akan seluruh ahli keluargaku.. *sigh*
Bila akan berhenti semua ini.??

Senyum aku tak bermakna senang hati..
Tawa aku tak bermakna lapang dada..
Mungkin aku selalu riuh.. tapii....
Aku mengeluh lagi..
Yaa..kenapa kau tak bersyukur lagi??
ALLAH s.w.t mahu uji kau lg..
Ambil saja.. terima dengan redha..
DIA tak kan uji lebih dari kemampuan kau..

Aku rela kau maki aku..
Aku rela kau hina aku..
Tapi bukan syurga aku..
Aku biar kau tipu aku..
Aku biar kau buat sesuka hati kau..
Tapi bukan pada syurga aku..
Walaupun aku tahu perit syurga aku menerima kau semula..

Harapan aku setinggi langit..
Dendam sentiasa di fikiran..
Tapi..aku bukan kejam macam kau..
Biar tuhan yang balas pada kau..
Aku mungkin senyum pd kau..
Tapi senyum aku penuh maksud tersirat..

Jangan kau siksa lagi batin syurgaku..
Aku tahu dia sedang pilu..
Yaa..pilu..kecewa..hampa..sedih..
Pilu dengan permainan kau..
Kecewa dengan sikap pura2 kau..
Sedih dengan apa yg perlu dia lalui..

Setiap hari menangis..
Usai solatnya dia menangis..
Kerana apa? Kerana kau..
Tapi itu dulu..
Sekarang tidak lagi..
Kau silap!

Mungkin kau dan kau sedang gembira..
Dan aku selalu berdoa dalam gembira kau dan kau..
Akan ada duka yang maha berat untuk orang seperti kau dan kau..
Kejam bunyinya..tp itu semua urusan ALLAH s.wt..

Memang jahat bunyinya..
Tapi..aku cuma mahu kau dan kau sedar dengan hukum ALLAH s.w.t..

Aku cuma manusia...
Yang berharap pelangi akan muncul lagi..
Kembalilah wahai "kau"....
*sigh*

No comments:

Post a Comment